Thursday, April 21, 2011

resign :(

Salam to m.e.
Dah lama x menulis di sini (menulis ke? haish...) slalunya time tgh serabut2, otak tersumbat x tw nk pecahkan pale kt mana, baru teringat benda alah ni. huhu~ (introduction yg sangat tidak cool....)
Kenapa manusia sering dilanda masalah yang sering melibatkan emosi berbanding fizikal eh?
Aku paling tak boleh tahan bila dapat prob yang melibatkan emosi dan bnda2 dalaman ni. Hari ni dapat 1 bad, worst news kt skolah. Gggrr....down giler....sangat!!!
Nak menangis macam tak mampu, nak rasa 'have no feeling' pon x mampu, nak ketawa, hepi...apatah lagi. Untuk pertama kalinya seumo idop aku dalam kerjaya aku ni, aku menerima satu komplen yang sangat laa menghiris hati dan perasaan selaku seorg pendidik. Tak perlu mention apakah teguran tersebut kowt, konfem memori otak aku ni bleh ingat sampai mati. Niat aku x pernah menyimpang selain untuk mengajar dan memberi ilmu sebaik yang mungkin. Tapi bila dapat komplen cmni, even 1 pon, ckop2 laaa melemahkan dan menjatuhkan semangat aku. Memang rasa dah xnak masuk kelas mengajar cm biasa daa... Apa nak jadi bia laa... Kalo ikot kan otak aku yg senget ni, mmg aku buat cm tu. Tapi seb bek ada sket g (dlm 3cm square) cebisan otak aku ni yg masih mampu berfikir secara waras dan rasional. Maka dengan itu, aku mampu la untuk berfikir secara positif dan normal mengenai teguran yang aku terima. walaupon hati pedih bagai dihiris2, tapi berbaik sangka lah kita sesama manusia, umat saudara di atas muka bumi ini. Mungkin kalo aku berada di tempat yang sama seperti dia pon aku akan buat perkara yang sama, walaupon niat org tu ikhlas nak mendidik dan mengajar. Secara normal nya, selaku manusia biasa yang banyak kekurangan, mesti laa aku tidak dapat lari dari merasa sedih, tertekan dan runsing dgn smua ni. Namun, aku percaya setiap yang berlaku pasti mempunyai hikmah yang tersembunyi. Kerana aku jua sedar bukan semua yang aku buat (yang mana aku rasa untuk kebaikan orang) adalah betul dan benar. Pasti ada salah di mana-mana dan Tuhan nak sedarkan aku bahawa aku dah tersalah cara dan perlu betulkan kembali kesilapan2 itu. Dan caranya mungkin dengan ditimpa ujian kecil sebegini... Syukran Ya Rabb... Kusyenmerah....jangan laa bersedih di atas kejadian yang menimpa itu kerana sesungguhnya ada ramai lagi yang ditimpa masalah lagi berat dari kamu. Yeah...btol, btol....apa laa sangat setakat menerima komplen, berbanding org lain yang ditimpa masalah rumah terbakar, eksiden kereta, ribut taufan tu kan :)
Pk positif....yeah, always +ve. Dan slalunya pas aku meluahkan pape perasaan yg terbuku dalam diri aku kepada diri aku sndiri, aku akan berasa lega....
Walaupon aku dapat berita sedih hari ni, tapi pada masa yang sama aku juga dapat berita gembira. Yeay!!! Namun masih tak dapat nk cover keseluruhan sedih yang menimpa aku sebenarnya...he... Xpelaaa, at least aku dam mampu tersenyum walaupon sedikit. Cheers~
Salam 1 Malaysia (ahaks!)

No comments:

Post a Comment