Tuesday, May 8, 2012

Aku dan Sekolah

Rabu - pagi - di sekolah

Keserabutan melanda diri ini. Sebab apa? Sebab suatu benda yang aku sendiri pon tak pasti. Semuanya bermula dari semalam kut. Masuk kelas tahun 1 dengan si Daniel Iskandar tu yang sangat membuat perangai. Dah la tahap kesabaran aku ni senipis kulit bawang... Memang rasa nak angkat angkat je budak tu dan baling ke sana sini. Huh, kejam. Gila cakap gini...jadi pape memang depa boleh buat blog ni jadi bahan bukti. Ha ha ha :P

Dia tu hyper... Dia sangat menggangu sesi pengajaran dan pembelajaran aku terhadap budak-budak lain. Selama 4 bulan mengajar tahun 1 ni, aku tak tahu apa yang aku ajar. Sebab apa? sebab dia sorang, aku kena jaga, kena kawal...marah, tumpu, fokus...dan biar kan budak lain terkapai-kapai. Kenapa kena buat cm tu? Kalau tak buat....nanti dia lari sana, lari sini, kacau sana, kacau sini, ambil barang orang tu, ambil barang orang ni, campak sana, campak sini.

Geram ya amat.....tension betul. Memang aku dapat dia, aku pegang dia kuat-kuat. Tapi dia dah pandai melawan sekarang ni. Tu yang jadi sangat geram dan mencabar kita ni. Budak lain nakal jugak, tapi depa nakal cara budak-budak yang 'normal'. Ini kalau hyper....nakal nya lain...

Rasa macam nak tepon je parent dia sendiri suh anta anak dia ni pegi ke sekolah pendidikan khas. Sebab apa, kesian budak-budak lain, kerana dia, depa tak dapat apa yang sepatut nya dari seorang guru. Kalau dia tak mai, memang aman je rasa. Baru la ada suasana pembelajaran. huhu...

Dengar macam kejam je bunyi nya seorang cikgu cakap cam ni. Tapi apa kan daya, cikgu pon seorang manusia biasa jugak. Ada kelemahan, ada kekurangan di sana sini. Kadang-kadang ada satu tahap kita tak dapat nak bendung semua perkara yang melampau batas kesabaran kita selaku manusia biasa ni.

Mudah mudahan aku dapat terus bertahan menghadapi semua ni. Semoga kamu, Iskandar akan dipermudah kan untuk mendengar kata guru, ibu, bapa, menerima pelajaran dan semua-semuanya...