Monday, January 30, 2012

guru kelas tahun 1 part 1

Assalamualaikum (jawab jangan tak jawab ;) )

Ari ni tetiba rasa macam nak citer pasal pengalaman jadi guru kelas tahun 1 kat skolah aku lak. Hehe... Patotnya dah lama citer, dari stat skolah ari tu lagi...tapi cam tak berkesempatan pulak. Eceh!

Ok, pertama tama skali apa yang bestnya tahun 1 pada tahun ini ada seorang anak murid yang tersangat laa 'nakal' dan aktif di dalam kelas. Dia sangat laa popular... Cikgu-cikgu yang baru masuk kelas tahun 1 tu autometik akan aim dia dan kenal dia dan tau nama dia. Dan depa gelarkan dia sebagai 'anak nani', dah aku guru kelas tu, mak nya laa kan :))

Nama dia Muhammad Daniel Iskandar b. Abdullah, see.....betapa terkenal nya anak murid sorang ni, sampai nama penuh dia dengan nama bapak dia pon aku hafal. Ok, dia ni kategori hiperaktif laa kut. Sangat-sangat tak reti duduk diam. Paling lama boleh duk diam 5 saat. haha! Biasa la kalau budak-budak kecik macam tahun 1 ni aktif kan, tapi dia ni lain dari yang lain sikit.

Keaktifan anak murid aku yang sorang ni macam ni, dia suka sangat laa keluar kelas dan pi naek ke tingkat atas skali dengan alasan nak jumpa kakak dia yang darjah 4 tu. Budak-budak tahun 1 mana boleh nek atas, tinggi, tangga tuuu, bahaya! Tapi si Daniel Iskandar ni tak makan saman, ketegaq! Pantang cikgu dia lepa sikit, dia dah lepas keluar dan dah nek tangga pon.

Makanya, bayangkan la cikgu yang masuk dalam kelas tu terpaksa duduk mengadap dia selama mana kelas tu berjalan, sebab kalau terlepas pandang, alamat hilang laaa dia. Huhu. Aku penah laa, kelas matematik laa kan, cam biasa, duk mengadap dia, sampai tak boleh nak tumpu kt budak laen la dah, punya dok mengadap...heh...tertoleh laa dekat budak lain jap, tak lama, dalam 2, 3 saat cam tu, skali tengok balik si Daniel ni, pap! Dah ilang! Pergh, bayang kan laaaa.....betapa dasatnya. Haha ( nak gelak jap)

Cukup la dahulu intro atau pon pengenalan aku sebagai guru kelas tahun 1 dan memperkenalkan Daniel Iskandar kat dalam blog ni. Kut nanti 20, 30 taun akan datang kan, si Daniel tu dah besar panjang, kut dia bleh baca balik coretan aku kat dia ni, boleh jugak dia tersenyum sorang-sorang ;)

Banyak benda lagi yang nak dimerapukan... Nanti-nanti nak tulis lagi...

*Hari ni Daniel tak datang sekolah, macam aman damai sikit kelas. Hehe

Wednesday, January 25, 2012

pimple

Assalamualaikum...
Minggu bercuti selama seminggu ni muka aku telah ditumbuhi sesuatu. Apakah?
Yaaa...betul (sendiri tanya, sendiri jawab...) 
Ada satu biji jerawat yang sangat comel bawah 2 inci dari mata kiri aku... 
UWWwwaaaa.... :(
Nama lain bagi jerawat ni yang mahu aku gantikan ialah pimple. 
Pimple ni smpai dah menghalang pemandangan mata aku masalahnya...
Nak tengok segala benda pon tak puas... 
(nasib baik nampak jugak mata ni nak buat header blog yang baru...kui kui kui....)
Jerawat gatai kah? Rasa dalam cuti-cuti ni takde la pulak aku menggatal. Hahaha!
Adui.....segeralah engkau berlabuh wahai en.pimple...
Tinggalkan sy aman bahagia tanpa kamu disisiku.....~
takut tak? haha...not my face okeih!




Sekian, selamat menyambung cuti-cuti Malaysia~
yeahuuuu (",)

Tuesday, January 24, 2012

wordless wednesday

sometimes we 'need' to hide it, to make it better~

 "wordless" laaa sangat..... (: