Monday, July 4, 2011

percaya padaku


aku tak tahu apa yang ku rasakan
dalam hatiku saat pertama kali
lihat dirimu, melihatmu

seluruh tubuhku terpaku dan membisu
detak jantungku berdebar tak menentu
sepertinya aku tak ingin berlalu

berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku
ku berikan cintaku juga sayangku
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku
saat ku tahu kau akan pergi jauh
izinkan aku tuk selalu menantimu
untuk katakan ku ingin dirimu (ingin dirimu)
agar kau tahu betapa ku terlalu
mencintaimu aku akan menunggu
hingga dirimu kembali untukku

tolonglah aku bagaimana diriku
ungkapkan itu rasa yang membelenggu
dalam hatiku ku cinta padamu

berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku

*sangat layan lagu ini...zassss....~
Aslnya dengar dalam keta, radio mana tah...dgr je dah cm best... Ingat grup kangen band nyanyi, 'yakin aku menjemputmu'...tp bukan. Masa 1st time dengar dah best, tp lupa gitu je nak cari :)


4 Julai 2011
8.37 pm

Friday, July 1, 2011

bersih 2.0

1 Julai 2011
Jumaat

Salam to m.e.

Dengar tajuk entri je dah cm dasat, kan...hehe... Tetiba bertukar arah seolah-olah nak berpolitik pulak. Emm, sejujurnya cakap, aku tak penah amek tau pon pasal bersih2 ni... Sekarang nama dia Bersih 2.0, cam version lak...kalo kat dunia teknologi, version 2.0 tu maksudnya sistem yang dipertingkatkan. Kira upgrade laaa... Tapi rasanya nama dia bersih 2.0 sebab tahun 2007 dulu dah pernah ada bersih ni, cuma time tu rasanya x ada laa pulak bersih 1.0...he... Masa 2007 tu, aku tengah belajar lagi... Time tu, juz dengar2 je sal bersih2 ni, x penah amek tw pon. Apa kebenda nya bersih ni pon aku tak tau. Tapi time tu aku ada jugak laa amek tau sket2 sal politik kt malaysia ni...dan menurut kefahaman aku time tu, bersih ni adalah anjuran pihak parti pemangkang untuk membuat demonstrasi dan huru-hara...

Masa bersih 2007 tu berlaku, negara dikejutkan dengan kekecohan dan huru-hara yang sangat dasyat di tempat2 seperti jalan TAR, SOGO sume... Banyak kedai2, premis2 perniagaan menanggung kerugian, kalo x silap juta2 gak laa... Tapi itu laa, seperti aku ckp tadi, time tu aku x amek tw sangat sal benda ni. Juz tgk berita, baca paper, ada demo..pastu cm huru-hara sket... 

Dan sekarang ni, bersih ini kembali lagi...dengan version 2.0. Aku stat tengok2, belek2...kt internet sume, apa kebenda nya bersih ni. Dan baru aku paham, menurut diorang, bersih ni merupakan suatu perhimpunan untuk menyatakan beberapa tuntutan agar suatu pilihanraya yang adil dan telus dapat dijalankan. Ni smua gara2 nak PRU-13 arrrr ni. Tuntutan-tuntutan itu adalah seperti berikut:

1. Bersihkan senarai undi
2. Mereformasikan undi pos
3. Gunakan dakwat kekal
4. Masa kempen minima 21 hari
5. Akses media yang bebas dan adil
6. Kukuhkan institusi awam
7. Hentikan rasuah
8. Hentikan politik kotor

Kalau dengar pada tuntutan2 ini, tak nampak pulak kt mana kepentingan parti pembangkang di situ. Yang ada hanyalah suatu tuntutan supaya sebuah pilihanraya yang adil dan telus dapat dilaksanakan. Lagipun, semua benda tu memberi keuntungan kepada semua pihak: pembangkang, kerajaan dan rakyat. Kalau kerajaan tak dapat nak terima, dan kata ini sebagai perhimpunan haram, maksudnya apa? huhu~

Walau apapun, diharapkan semuanya dapat berjalan dengan lancar nanti. Semoga tiada huru hara atau kekecohan seperti yg digembar gemburkan oleh media massa berlaku... Benda ni aman je, kalo smua pihak bagi kerjasama, polis2 terutamanya. Tapi, disebabkan pihak kerajaan tak mahu amek tahu pasal semua ni, maka rakyat memberontak, mahu suara mereka didengar. 

Panjang lak citer kali ni... Apa pun, ni bukan sal politik, cuma pandangan dari seorang warganegara yang mengambil tahu akan isu semasa yang sedang berlaku di negara dia :)

~Baju kuning tak boleh pakai eh sekarang??? ~