Saturday, December 13, 2014

Testing, testing

Assalamualaikum wbt...

Knapa tajuk posting ni testing?

Tadaaa....

Sebab ni kali pertama aku update melalui fon. Baru install apps ni... So far tak tau laa lagi cmana apps ni. Ok ke...tak ok ke...

Huhu...

Arap-arap nya mudah laa... Tapi nape cam tak bleh nk attach gambar kt post ni?

Cam tak best disitu...

Ok...sekian sahaja aku merepek =.='

Monday, August 4, 2014

Assalamualaikum....

Dah bersawang dan berhabuk rupanya blog ni. Dah bertaun berlalu apa pon tak de ye...

Mana taknya, dah jarang sangat laa nak bukak laptop ni untuk tengok berita hal ehwal semasa. Semuanya tgk kt fon je...facebook.

Bermacam sudah peristiwa yang berlaku... Dah jadi isteri orang pon. Tapi...masih belum lg bergelar ibu...
Satu gelaran yang semua org nak. Tapi apakan daya....kuasa tuhan mengatasi segala-galanya...

Mudah-mudahan ada rezeki untuk keluarga kami... Amin


Saturday, October 27, 2012

Pagi Hari Ahad

Di pagi hari Ahad ni tiba-tiba terasa sayu laa pulak.

Bangun-bangun pagi mood dah ceria, ok. Tapi tiba-tiba jadi sayu pulak.

Kesian laa pulak dekat adik aku yang sorang tu...

"Sabaq banyak laa nooo....betul jugak apa yang di cakap kan tu. Tapi tu laa, tak boleh la nak terlalu keras sangat. Orang pon banyak tolong kita, kita pon kena laa pandai-pandai balas balik pertolongan orang. Walaupon orang tu tak buat sesuatu keputusan yang betul. Semoga ada jodoh antara kalian. Amin"

Dan......teringat pada arwah nenek....sayu nya.... Dah hampir 4 bulan nenek pergi meninggalkan kami.

Semoga roh nenek dicucuri rahmat. Amin~

*tumpang sedih ngan hang....

Wednesday, October 10, 2012

how am i feeling lately...

*



*



*



*


Lately rasa buat apa semua nya macam tak betul & tak pernah betul...
semua benda jadi salah and something wrong somewhere...
wat is wrong...?
wat the matter....?


*





*


Bila duk luah, citer sangat pon nanti boleh jadi isu.
rambut sama hitam, hati lain-lain.
kadang kita ingat orang suka dengar luahan hati kita.
tapi mereka-mereka pon ada masalah yang tak tertanggung
yang perlu difikir & diselesaikan segera....


tapi bila diam je, sampai ke sudah
laa jawabnya duk memendam rasa...



*



*



*

akhirnya.....di sini je laa tempat yang sesuai....
bnda yang takde perasaan....
cakap laa apa pon, dia buat x tau
memang laa tak terasa ati apa pon...
:)



Friday, September 14, 2012

Pelajar belasah guru?


Alor Setar: Seorang guru disiplin cedera dibelasah sekumpulan 10 pelajar Tingkatan 5 di sebuah sekolah menengah di Jalan Gunong, di sini, dipercayai kerana menegur pelajar berkenaan yang lambat menyertai perhimpunan, semalam.
Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, kumpulan pelajar terbabit cuba memprotes tindakan guru lelaki berkenaan dengan membuat bising dalam kelas sebelum mangsa bergegas naik untuk melihat apa yang berlaku.

Sumber berkata, guru berusia 40-an yang cuba meleraikan tindakan ala samseng kumpulan pelajar berkenaan, bagaimanapun dikasari apabila kepalanya ditolak sebelum dibelasah.

Pelajar lain dalam kelas hanya mampu melihat kejadian itu kerana tidak berdaya untuk membantu guru berkenaan.

Malah, rotan yang dibawa guru itu juga dipatahkan kumpulan pelajar terbabit kerana geram dengan teguran berkenaan.
Difahamkan, kekecohan itu hanya dileraikan guru lain selepas insiden berkenaan dimaklumkan pelajar.

“Saya tak pasti sama sejauh mana kecederaan guru itu, namun apa yang pasti guru itu kini bercuti dan berehat," kata sumber berkenaan.

Usaha untuk mendapatkan komen daripada mangsa tidak berjaya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd
Jan, mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut kerana kes masih dalam siasatan.

Assalamualaikum

Tadi buka fb KGM ada la nampak cerita yang melibatkan guru seperti di atas ni. 
Sangat laa sedih baca cerita-cerita yang melibatkan golongan pendidik pada hari ini.
Pelajar-pelajar hari ini dah tak reti nak hormat guru-guru mereka. 
Semoga guru tersebut tabah menghadapi dugaan ini dan semoga terbuka pintu hati pelajar-pelajar tersebut untuk diterima hidayah.

Ini lah dugaan, cabaran bergelar seorang guru pada hari ini.
Nak cubit salah. Nak rotan lagi laa salah.
Apa kuasa yang seorang guru ada di sekolah pon tak tahu laaa.
Sekolah tempat mendidik, membentuk akhlah pelajar....tapi pada zaman sekarang ni
institusi ni dah di pandang kat celah kaki je oleh orang luar....apatah lagi ibu bapa dan media dan masyarakat.

Menjadi seorang guru tidak lah senang, kerja cukup bulan, ambil gaji.
Nak mengajar tu memang boleh, semua orang boleh ajar.
Tapi nak mendidik tu hakikatnya sangat laa susah dan sangat menguji kesabaran seseorang. 
Cikgu nak didik awak bagi jadi orang, bukan binatang (agak keras di situ =( huhu )
Sebab apa? 
Sebab ibu bapa sekarang ni dah lepas semua tanggungjawab dia kat cikgu
dan sekolah untuk didik anak-anak mereka.
Kalau sorang dua boleh laa, kalau dah 1 kelas = 30 orang,
3, 4 kelas dah jadi berapa?

Sapa-sapa yang rasa-rasa nak jadi cikgu tu, berfikir lah 50, 70 juta kali dulu tak pe,
sebab tak mudah bergelar seorang guru.



sekian, 
bebelan seorang guru:
Rosnani binti Salleh












Friday, September 7, 2012

Pengawas peperiksaan UPSR

Assalamualaikum....

Waaa....agak lama jugak tak tulis pape di sini. Last masuk entri bulan Jun ye.....ahaks! So, apa citer lak ari ni tetiba rasa nak menaip kan. Tadaaa....~

Tak de pape pon... Saja rasa tangan ni ringan lak nak menekan-nekan butang-butang huruf kat laptop ni. Apa yang boleh ditaip ye....??? Citer je laa apa yang jadi pada hari ini kan :)

Ok, pagi tadi pegi ke sekolah...macam biasa....pukul 7.13am bertolak dari rumah (lambat skit...huhu). Dan sampainya ke sekolah pada pukul 7.28am (yes, awal jugak lagi tu!- heh~ ). Mengikut plan nya, pada hari ini saya ada taklimat pengawas peperiksaan UPSR pada pukul 9 pagi di SK Sungai Megat Aris. Jadi, kul 8.10 ada kelas, sempat la masuk dulu kelas 1 masa kan, 8.40 chow! Tapi pkul 7.40am dapat panggilan dari KP (Ketua Pengawas) saya mintak datang awal, kul 8 ke situ sebab dia ada hal yang tak dapat dielakkan. Pssttt....KP saya ialah bekas guru sekolah rendah saya dulu, yea! Cikgu Azwariah. Oooohh sangat best, dia rajin bercakap. Heheh....

Jadi terus laa saya pecut ke sekolah tersebut...sampai-sampai je saya pengawas pertama yang ada rupa-rupanya. Waa...terlebih awal ke? heh~ Then, ada la cikgu laki ni sampai jugak, ustaz...dari SK Tanah Kebun. Pastu cikgu Azwariah pon datang....dia mintak buat awal sebab anak dia nak menikah hari ni, kat Sepang, kul 3.30pm,huhu....sian cikgu. So, pas taklimat, dia nak pecut ke sana terus.

Apa yang ditaklimatkan ye... Ini ada lah pertama kali saya memikul tugas selaku pengawas peperiksaan, jadi segala apa yang ditaklimatkan adalah benda baru bagi saya. Berbanding dengan lagi 3 orang pengawas lain, mereka dah selalu jadi pengawas peperiksaan ni.

Apa yang penting adalah kena isi, isi borang...tandatangan aku janji, akta kerahsiaan sume tu laaa.... Pas tu, pegi masuk dewan peperiksaan, tengok segala kerusi, meja, lampu, kipas sempurna atau tidak kah, dan lain-lain. Calon sekolah ni seramai 107 orang, agak ramai laa kan. Tapi depa tak lekat lagi label meja untuk maklumat calon, maka tak dapat laa kami nak semak yang itu sekali. Kena laa KP datang semula nanti. Biasa laa, sekolah tu pon agak sibuk...depa ada majlis bacaan yasin petang semalam dan pagi tu, tak sempat laa nak siapkan semua.

Sekian, itu sahaja tugas saya yang berlangsung pada waktu itu. Minum-minum sat kat kantin, saya balik semula ke sekolah. Sampai ke skolah...menyambung tugas hakiki yang ditinggalkan. Walaupon PK1 dah buat relief kt saya, tapi kira kansel laa kan. Saya amek kelas saya, mengajar seperti biasa.

Mudah-mudahan semua anak murid di Malaysia berjaya menjawab soalan UPSR dengan baik nanti. Amin~

Sunday, June 17, 2012

salam hari isnin

lagu yang selalu berkumandang di sinar.fm

sekali dengar macam pelik, dah selalu dengar, macam best laa pulak :)