Sunday, December 25, 2011

assalamualaikum....to m.e.

setelah hampir 2 bulan bercuti sekolah, baru hari ni rasa cam tetiba nak menaip sesuatu kat atas benda alah ni. nggeeeeeeee....~

dan...benda yang nak di kata kata ni pon bukan nya laa nak cakap menda-menda sangat, juz wanna wrote (ke, write? hentam je laaa...) about me, myself & i :))
okies, pertama-tama sekali mau cakap pasal apa eh pasal diri ini. makanan kegemaran kah? minuman kegemaran kah? hobi kah? cita-cita kah? adeiii...dah macam nak buat biodata cam time darjah 6 dulu pulak. awak kan dah besar, buat laa cam laen sket, baru la orang besar yang baca, boleh paham =.='

1. <--- siap ada nombor lagi tu....he....~
ok, first of all...siapakah saya?
pingu! suka layan....comey, comey

saya merupakan seorang anak sulung dari 5 orang adik beradik yang mana kesemuanya merupakan perempuan. anak kepada en.Salleh b.Ismail dan pn. Hasnah bt. Hasan. dah namanya anak sulung, adakah gayanya juga seperti anak sulung? haha~ camana gaya anak sulung tu sebenanya ye? erm, nak kata gaya berdikari tu, ada laa sikit, tegas, boleh memimpin, pon ada laa jugak sikit sikit (sikit je, tak banyak, dalam 0.1% daripada 100%) keh...keh...keh... dan gaya macam anak bongsu pon ada jugak, manja, mengada ngada, nak itu, nak ini (tinggi sikit dari 0.1%, yang ini dalam 15.09%) dan...apa lagi ye, itu je la kut kalo nak menggambarkan sifat sifat saya dalam keluarga saya yang mana emak, ayah dan adik adik smua cukup kenal dah dengan perangai saya ni. kadang tu, mengada nya mengalahkan adik yang paling bongsu yang baru berumur 11 tahun tu =)


2. ok, seterusnya....apa kah benda yang paling saya minat? kumpul, baca, simpan...
untuk orang-orang yang dekat dengan saya, seharusnya tahu saya adalah seorang die hard fan kepada seorang makhluk ajaib yang mempunyai kuasa magis berbentuk tongkat sakti yang diberi nama HARRY POTTER, yeah, sekian...hehe~  Dah nama nya pon harry potter, segala buku dia smua ada (tapi sebenanya tak lengkap lagi...walaupun dah ada ketujuh tujuh siri dia ) filem filem dia (baru ada 5 kut...lagi 3 tiada...he.....)  bagaimana boleh minat dgn benda alah ni?
ok, ada sejarah dia....bukan nya dari 1st harry potter tu kluar saya dah stat layan bagai nak rak ok! dah klua brapa filem dia kt dunia ni pon, masa tu, saya tak brapa nak tau pon apa benda nya harry harry potter ni. tgk movie muvie yg 1st tu pon tak paham langsung. apa lagi nak baca buku dia kan. penah gak laa try baca kt mtrik (KMPP) suatu masa dulu, tapi hampeh....dari mukasurat pertama, smpai 2, 3 bulan pinjam, anta balik kt library, duk terlipat tu laaa mukasurat pertama tu. hehe~ ajaib kan?
ada sejarah dia, cmana saya boleh minat sangat sangat sangat sampai nak gila lah dengan harry potter ni, tapi macam kena buat 1 entry lak nak citer pasal benda tu. nanti nanti laa kut, saya bercerita pasal itu :D
bek sambung sal citer diri sendiri ni.=)

ok, sekarang orang berkenalan cm ni =)

3. apa yang saya buat dalam 3 jam yang lepas:
(aik, ada kaitan ke dgn tajuk diri sendiri ni? ada, ada...)
i. tengok fesbuk
ii. duk kat dapur
iii. tengok fesbuk balik
hahaha~

4. apa lagi eh...ok, apa yang saya boleh cakap pasal siapa diri saya?
satu yang saya tahu kat diri saya ni, saya ni seorang yang sangat cepat hot, tapi sangat cepat cool. dengar macam pelik kan, tapi ramai je orang cm ni kt atas dunia ni. dan, saya salah satunya... ok, citer dia cam ni, saya ni super duper sensitif tahap tak hengat gak kekadang tu...gila cepat terasa...terluka, ter itu, ter ini, dan ter hape2 je laaa...sangat cepat, macam virus H1N1 nya kepantasan merebakkan virus nya kepada orang ramai, macam itu juga la saya nya sifat itu merebak (cam pelik je ayat, hantam ~ ) senang citer, nak cakap itu je laa, betapa sensitif nya sampai benda kecik kecik sebesar kuman pon, kalo dah mai tetiba part rasa cam terasa terasa ati tu, cepat je jadi down... haa...pas tu jadi cm hot hot sikit laa kan, bengang, marah, sedih, semua nya bergaul sama rata. tetapi, apa yang best nya, lepas itu, dalam tak sampai dalam beberapa minit, jam, atau hari (bergantung kepada situasi) saya akan terus kool balik, dan lupakan je benda benda yang merosakkan fikiran tadi tu. seperti angin yang meniup debu debu pasir yang sangat halus di jalanan (heh, ayat.....) terus, boleh lupa...(lupa tak lupa sangat laaa...tapi, memang tak akan mau ingat dah) & kool balik. camana tu?

apa ni? huh~

senang citer, saya senang memaafkan orang (cewah!). macam riak je bunyi, bukan nak riak ke apa, tapi itu normal, kita bukan lah sempurna sangat sehinggakan orang lain buat salah, kita nak kata kt dia sampai ke sudah. tapi, tak dinafikan jugak, kadang kadang sesuatu benda tu ada batas dia. bukan lah sampai orang boleh pijak kepala kita bila setiap kali dia salah, kita maafkan. no, no... semua manusia sama, selagi kita bergelar hambaNya...akan ada silap dan salah. dan kita tak payah nak kata sekali orang tu silap, selamanya dia akan silap...tak boleh macam itu, tak mo, tak mo...

huh, panjang berjela laa pulak...baru 3 point, ingat nak tulis dalam 20 point, tapi 3 point pon dah lebih 5 helai kertas kajang, apa ke hal nya? hahaha~ nanti nanti laa sambung lagi. lagipon, kalau nak bercerita pasal diri sendiri ni, 5 tahun 5 bulan (amek tajuk novel kat tepi aku ni...kui kui kui ) pon belum tentu abis. cukup cukuplah memperkenal kan diri sendiri kepada orang awam di luar sana tu. nanti kita sambung lagi untuk part 2, 3, 4 dan so on...HAHAHA~ 

okes, nak tutup dah. tapi sebelum tu nak cakap, bahawasanya, segala apa yang tercatat, tertulis di sini (especially point number 4 tu) ada lah berkaitan dengan diri ini sehingga entri ini di tulis pada 26 Dec 2011 jam 1.40pm sahaja. mana tau kut lepas ni saya minum susu anlene coklat tu, saya berubah sikap ke, sifat ke kan. manusia berubah...mana ada sama je sepanjang masa =) (p/s: saya mmg minum anlene coklat tu, so far tak berubah apa sangat )
ini lah diri saya, sehinggah entri ini ditulis...kot selepas ini dah bertukar tak lagi seorang yang cepat hot, cepat kool ke kan...mana nak tau :)) hehe~

sekian sahaja, aksi mengarut yang telah dikarut dan dimerepekkan oleh diri saya sendiri pada kali ini ( huh, memang mengarut sungguh! ) semoga bertemu lagi di lain kali...yeah!

assalamualaikum