Sunday, December 5, 2010

bakal pendidik...

ok, erm...tetiba je aku terpk jap tadi pasal kerjaya aku selepas ini iaitu untuk bergelar seorang guru. mcm mana agaknya cara yang tepat dan betul untuk menjadi seorang pendidik yang berjaya? sebab aku selalu rasa aku ni seperti masih tidak mencapai tahap seorang pendidik yang sebenar. hehe....kenapa eh jadi begitu. aku ada seorang adik perempuan yang berumur 10 tahun dan sangat rapat dengan dia. aku juga melayan dia seperti kawan sebab kitorang mmg suka main2. makanya ada je benda yang aku suka usik dan kena kan dia. dan bila masuk skolah (praktikum) aku ada ngajar budak darjah 4. kiranya sebaya adik aku la kan. dan kadang2 aku terbuat mcm kawan2 laa pulak. huhu... padahal dekat skolah sepatutnya aku kena laa bertindak seperti seorang guru. adei, runsing, runsing.... maybe itu laa sebabnya budak2 buat aku cm kwan n xrespect aku sbgai seorang guru. ye laa kan, dah layan cm kawan2, sape suruh...hehe... jadi nya, di sini aku harap sangat aku dapat belajar untuk menjadi seorang pendidik yang betul bila dah posting nanti dan dapat mengajar dengan seikhlas hati. amin....mudah-mudahan.

Wednesday, December 1, 2010

kenapa?

assalamualaikum wbt...
yeahaaa....finally tercapai gak hajat aku untuk memiliki sebuah blog. selama ni menjadi pemerhati je blog-blog orang lain. boleh dikatakan agak terlambat bagi orang seperti aku untuk memiliki sebuah blog, namun aku rasa x salah kot. lagipun, masih banyak kekurangan yang perlu diperbaiki sebab aku baru sangat dalam dunia blogger ni. aku menggunakan ganti nama 'aku' sebab rasanya itu lebih dekat dengan diri aku. so, apa tujuan aku ada blog ni eh....erm, kenapa? firstly, sesudah tentunya di kala ini aku tersangat laa punya banyak masa dan waktu untuk membuang masa di depan internet. hehe... sebab seterusnya ialah aku memang suka n teringin untuk menulis sesuatu yang aku rasa ada manfaat (walaupun sikit) dan memberi pandangan tentang isu-isu semasa (ye ke? kita tgk dan lihat je nanti )... dan akhir sekali aku dah hampir terlibat dengan dunia pendidikan maka nya aku rasa amat wajar untuk seorang seperti aku untuk mempunyai sebuah blog dewasa ini (hehe..)
aku harap aku dapat memanfaatkan dunia blog ini dengan sebaik mungkin dan dapat memberi sedikit sebanyak manfaat kt orang lain. semoga niat suci ini berkekalan (cewah...) erm, ni saje kot untuk entry kali ni. masih banyak lagi benda nak belajar pasal blog ni dan aku amek ksempatan ruang, masa dan waktu yang maha panjang ini untuk menjelajah ke blog2 orang lain untuk belajar sesuatu. sekian, salam perkenalan...