Sunday, December 5, 2010

bakal pendidik...

ok, erm...tetiba je aku terpk jap tadi pasal kerjaya aku selepas ini iaitu untuk bergelar seorang guru. mcm mana agaknya cara yang tepat dan betul untuk menjadi seorang pendidik yang berjaya? sebab aku selalu rasa aku ni seperti masih tidak mencapai tahap seorang pendidik yang sebenar. hehe....kenapa eh jadi begitu. aku ada seorang adik perempuan yang berumur 10 tahun dan sangat rapat dengan dia. aku juga melayan dia seperti kawan sebab kitorang mmg suka main2. makanya ada je benda yang aku suka usik dan kena kan dia. dan bila masuk skolah (praktikum) aku ada ngajar budak darjah 4. kiranya sebaya adik aku la kan. dan kadang2 aku terbuat mcm kawan2 laa pulak. huhu... padahal dekat skolah sepatutnya aku kena laa bertindak seperti seorang guru. adei, runsing, runsing.... maybe itu laa sebabnya budak2 buat aku cm kwan n xrespect aku sbgai seorang guru. ye laa kan, dah layan cm kawan2, sape suruh...hehe... jadi nya, di sini aku harap sangat aku dapat belajar untuk menjadi seorang pendidik yang betul bila dah posting nanti dan dapat mengajar dengan seikhlas hati. amin....mudah-mudahan.

4 comments:

  1. wahahah.. belog seorang cikgu!! teruskan update!!

    ReplyDelete
  2. heheh...tq cik 'saje2 nk tulis' (pjg tul laa nak taip...heheh) truskan mengokong ye ;)

    ReplyDelete
  3. hehe....x sesuai lak rasa nk nama kan blog ni blog seorg guru. its all more about m.e. kowt. heheh~

    ReplyDelete