Friday, September 7, 2012

Pengawas peperiksaan UPSR

Assalamualaikum....

Waaa....agak lama jugak tak tulis pape di sini. Last masuk entri bulan Jun ye.....ahaks! So, apa citer lak ari ni tetiba rasa nak menaip kan. Tadaaa....~

Tak de pape pon... Saja rasa tangan ni ringan lak nak menekan-nekan butang-butang huruf kat laptop ni. Apa yang boleh ditaip ye....??? Citer je laa apa yang jadi pada hari ini kan :)

Ok, pagi tadi pegi ke sekolah...macam biasa....pukul 7.13am bertolak dari rumah (lambat skit...huhu). Dan sampainya ke sekolah pada pukul 7.28am (yes, awal jugak lagi tu!- heh~ ). Mengikut plan nya, pada hari ini saya ada taklimat pengawas peperiksaan UPSR pada pukul 9 pagi di SK Sungai Megat Aris. Jadi, kul 8.10 ada kelas, sempat la masuk dulu kelas 1 masa kan, 8.40 chow! Tapi pkul 7.40am dapat panggilan dari KP (Ketua Pengawas) saya mintak datang awal, kul 8 ke situ sebab dia ada hal yang tak dapat dielakkan. Pssttt....KP saya ialah bekas guru sekolah rendah saya dulu, yea! Cikgu Azwariah. Oooohh sangat best, dia rajin bercakap. Heheh....

Jadi terus laa saya pecut ke sekolah tersebut...sampai-sampai je saya pengawas pertama yang ada rupa-rupanya. Waa...terlebih awal ke? heh~ Then, ada la cikgu laki ni sampai jugak, ustaz...dari SK Tanah Kebun. Pastu cikgu Azwariah pon datang....dia mintak buat awal sebab anak dia nak menikah hari ni, kat Sepang, kul 3.30pm,huhu....sian cikgu. So, pas taklimat, dia nak pecut ke sana terus.

Apa yang ditaklimatkan ye... Ini ada lah pertama kali saya memikul tugas selaku pengawas peperiksaan, jadi segala apa yang ditaklimatkan adalah benda baru bagi saya. Berbanding dengan lagi 3 orang pengawas lain, mereka dah selalu jadi pengawas peperiksaan ni.

Apa yang penting adalah kena isi, isi borang...tandatangan aku janji, akta kerahsiaan sume tu laaa.... Pas tu, pegi masuk dewan peperiksaan, tengok segala kerusi, meja, lampu, kipas sempurna atau tidak kah, dan lain-lain. Calon sekolah ni seramai 107 orang, agak ramai laa kan. Tapi depa tak lekat lagi label meja untuk maklumat calon, maka tak dapat laa kami nak semak yang itu sekali. Kena laa KP datang semula nanti. Biasa laa, sekolah tu pon agak sibuk...depa ada majlis bacaan yasin petang semalam dan pagi tu, tak sempat laa nak siapkan semua.

Sekian, itu sahaja tugas saya yang berlangsung pada waktu itu. Minum-minum sat kat kantin, saya balik semula ke sekolah. Sampai ke skolah...menyambung tugas hakiki yang ditinggalkan. Walaupon PK1 dah buat relief kt saya, tapi kira kansel laa kan. Saya amek kelas saya, mengajar seperti biasa.

Mudah-mudahan semua anak murid di Malaysia berjaya menjawab soalan UPSR dengan baik nanti. Amin~

No comments:

Post a Comment