Friday, September 14, 2012

Pelajar belasah guru?


Alor Setar: Seorang guru disiplin cedera dibelasah sekumpulan 10 pelajar Tingkatan 5 di sebuah sekolah menengah di Jalan Gunong, di sini, dipercayai kerana menegur pelajar berkenaan yang lambat menyertai perhimpunan, semalam.
Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, kumpulan pelajar terbabit cuba memprotes tindakan guru lelaki berkenaan dengan membuat bising dalam kelas sebelum mangsa bergegas naik untuk melihat apa yang berlaku.

Sumber berkata, guru berusia 40-an yang cuba meleraikan tindakan ala samseng kumpulan pelajar berkenaan, bagaimanapun dikasari apabila kepalanya ditolak sebelum dibelasah.

Pelajar lain dalam kelas hanya mampu melihat kejadian itu kerana tidak berdaya untuk membantu guru berkenaan.

Malah, rotan yang dibawa guru itu juga dipatahkan kumpulan pelajar terbabit kerana geram dengan teguran berkenaan.
Difahamkan, kekecohan itu hanya dileraikan guru lain selepas insiden berkenaan dimaklumkan pelajar.

“Saya tak pasti sama sejauh mana kecederaan guru itu, namun apa yang pasti guru itu kini bercuti dan berehat," kata sumber berkenaan.

Usaha untuk mendapatkan komen daripada mangsa tidak berjaya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd
Jan, mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut kerana kes masih dalam siasatan.

Assalamualaikum

Tadi buka fb KGM ada la nampak cerita yang melibatkan guru seperti di atas ni. 
Sangat laa sedih baca cerita-cerita yang melibatkan golongan pendidik pada hari ini.
Pelajar-pelajar hari ini dah tak reti nak hormat guru-guru mereka. 
Semoga guru tersebut tabah menghadapi dugaan ini dan semoga terbuka pintu hati pelajar-pelajar tersebut untuk diterima hidayah.

Ini lah dugaan, cabaran bergelar seorang guru pada hari ini.
Nak cubit salah. Nak rotan lagi laa salah.
Apa kuasa yang seorang guru ada di sekolah pon tak tahu laaa.
Sekolah tempat mendidik, membentuk akhlah pelajar....tapi pada zaman sekarang ni
institusi ni dah di pandang kat celah kaki je oleh orang luar....apatah lagi ibu bapa dan media dan masyarakat.

Menjadi seorang guru tidak lah senang, kerja cukup bulan, ambil gaji.
Nak mengajar tu memang boleh, semua orang boleh ajar.
Tapi nak mendidik tu hakikatnya sangat laa susah dan sangat menguji kesabaran seseorang. 
Cikgu nak didik awak bagi jadi orang, bukan binatang (agak keras di situ =( huhu )
Sebab apa? 
Sebab ibu bapa sekarang ni dah lepas semua tanggungjawab dia kat cikgu
dan sekolah untuk didik anak-anak mereka.
Kalau sorang dua boleh laa, kalau dah 1 kelas = 30 orang,
3, 4 kelas dah jadi berapa?

Sapa-sapa yang rasa-rasa nak jadi cikgu tu, berfikir lah 50, 70 juta kali dulu tak pe,
sebab tak mudah bergelar seorang guru.



sekian, 
bebelan seorang guru:
Rosnani binti Salleh












No comments:

Post a Comment