Saturday, April 23, 2011

I.K.H.L.A.S.

Salam to M.E.
Apsal laa malam ni tak boleh tido...huhu...sadis btol. Otak ada pikir sesuatu ke eh...erm, ada laa kut. Tetiba nak cakap sal ikhlas. Apa maksud ikhlas ye... Ikhlas adalah sesuatu yang dibuat, dilakukan dengan tanpa rasa apa2 melainkan kerana Allah SWT. Itu pendapat aku la...yang ditafsirkan sndiri menggunakan akal logik pale otak ni. Kadang2 tanpa kita sedari kita akan berpura2 ikhlas atau pun buat2 ikhlas. Ermm....boleh ke? Mcm tak boleh, tapi apsal rasa aku macam penah buat eh... Penah juga terjadi bila kita nak sangat bertanyakan sesuatu soalan tu, akan tetapi kita terlebih memikirkan akan kesan dan akibat dari pertanyaan kita itu maka kita pon membatalkan hasrat suci murni itu. Sedangkan dalam hati bergelojak laa nak tau apakah jawapan ataupon alasan disebalik persoalan itu. Errmmm, apa kaitan ikhlas dengan bnda yang nak ditanya tapi tak tertanya ni eh? aku pon x paham. haha~
Ada kaitan dia....pada pndapat aku laa, bila kita nk tanya sesuatu soalan tu, tp x tertanya kerana memikirkan kesan, sebab & akibat serta berbagai2 alasan...maka secara tidak langsung segala tindak tanduk kita selepas itu pasti akan tidak iklas. Ini kerana rasa curiga, mulai wujud dan mendatangkan rasa2 yang tidak baik dan bersifat negatif. Bila bnda2 mcm tu datang...maka hidup, hati pon akan rasa tidak tenang. Emmm....sebenanya  ada bnda yang dalam idop ni kita kena tanya, dan ada gak bnda yang kita rasa nak tanya, tapi kita tak boleh nak tanya.Apa laa yang aku dok mengarut ni tah la... Mata cam dah mengantuk, maka kemerepekan pon melanda... =P
Apa-apa pun smoga niat kita dalam melakukan sesuatu perkara yang baik sntiasa ikhlas dan istiqamah. Buat kerja jangan x iklas, buat muka masam....sebenci mana, se tak seronok mana pon kita dgn keja2 kita tu, buat laa sebaik mungkin. Datangkan rasa iklas tu kerana Allah. Memang berat untuk dilakukan apatah lagi bila kita pernah diperlakukan secara tidak 'best' oleh org lain, maka secara automatik rasa tidak iklas, dan buat2 iklas tu akan dtg dgn sndirinya. Memang sukar nak laluinya....aku sndiri pon gagal. Tapi slalunya, akhirnya...ingat lah Allah...hanya kepada Dia sebaik2 pencipta alam semesta ini yang akan kita berserah dan bertawakal. Kerana kita tahu, segala yang berlaku sudah tertulis pada qada & qadar... Semoga setiap hari dapat berubah menjadi manusia yang lebih baik...peringatan untuk diri aku sndiri terutamanya. Aku pernah tersilap di suatu ketika dahulu dan semoga kesilapan itu tidak berulang lagi...
Tido dulu laaa....nite2~

No comments:

Post a Comment