Wednesday, February 9, 2011

bola baling :)

sekarang ni aku tengah menghadiri kursus asas jurulatih bola baling daerah Kerian. kursus ni 3 hari, dan hari ni merupakan hari ke-2 aku. setakat ni, apa yang boleh aku cakap kan ialah.....tersangat laa penat, tambah pulak hari ni kami selaku peserta kursus kena main sndri, lakukan latih tubi yang bersesuaian di atas padang, di tengah terik panas matahari. tapi, selaku orang baru, banyak pengalaman dan ilmu yg dikutip dari penceramah2 dan jurulatih2 yang terlibat. sebenarnya, seumur hidup aku, x pernah langsung tw apa itu bola baling, tgk pon tak pernah, apatah lagi nk pegang bola baling tu. hehe.... jadi, pengalaman yang dikutip di sini amatlah berharga dan merupakan ilmu baru bagi aku. tujuan PPD daerah mengadakan kursus ini adalah supaya guru-guru yang menjadi peserta ini dapat mempraktikkan segala ilmu yang dipelajari ke sekolah masing2 dan menubuhkan satu pasukan bola baling. masa dengar mmg semangat nak buat kt skolah nnti, tp ianya menuntut minat dan pengorbanan yag besar. smoga segala ilmu yang didapati sedikit sebanyak dapat dimanfaatkan, insyaAllah... esok dah hari terakhir, mudah-mudahan biarlah sekurang-kurang nya aku faham apakah peraturan dan undang-undang bola baling (walaupun dah diceritakan pada hari pertama kursus lagi...:D), sebab macam konfius je....hehe~ sekian, aktiviti aku pada kali ini (^.^)

No comments:

Post a Comment