Tuesday, August 16, 2011

puasa :)

Assalamualaikum wbt~



Tadi baca blog keretamayat, tgk update dia yang terbaru. owh...sangat tertarik membacanya, kerana ia secara tak langsung mengingatkan aku jugak yang serba kekurangan ini. jadi rasa nya nak share jugak dalam blog ni supaya dapat menjadi ingatan dan rujukan di masa depan :)
ini link dia untuk bacaan penuh keretamayat
ni aku copy, yang tulisan kaler merah tu, aku nya cakap-cakap...hehe~


1. Amalan SUNAT di bulan Ramadhan pahalanya sama dengan amalan FARDU, dan amalan FARDU di ganda 70 kali ganda, tapi solat FARDU berjemaah tidak ramai orang buat manakala solat SUNNAT tarawikh ramai pula orang buat. ye...sangat bersetuju



2. Bulan Ramadhan terdiri daripada tiga bahagian iaitu 10 hari awalnya rahmat, 10 hari pertengahannya keampunan dan 10 hari akhirnya kelepasan dari api neraka, manakala kebanyakkan masjid surau pula terbahagia kepada tiga bahagian, 10 hari awalnya penuh, 10 hari pertengahannya ‘lega’ dan 10 hari akhirnya lengang(merujuk kepada saf masjid/surau) terjadi stiap tahun di mana-mana sahaja kt malaysia ni aku rasa



3. Berita dapat bonus setengah bulan lebih di rasai gembira dari berita mendapat bonus seribu bulan, kerana kesesakkan orang di pasar berbanding kelengangan orang di 10 akhir Ramadhan terserlah sudah.(rujuk point no.2) .....huhu....sangat *terasa. memang kena batang idung sendiri


4. Ikan-ikan di laut akan beristighfar untuk orang yang berpuasa sehingga mereka berbuka, tapi kita hanya mampu beristigfar melihat orang berbuka puasa membazir ikan ikan bakar di meja meja.-isk. yup, truly true...tak membazir tak sah


5. Sesungguhnya Allah membebaskan hamba hamba dari api neraka pada setiap malam pada bulan Ramadhan, manakala korang pula membebaskan letupan letupan dari bunga api dan mercun pada setiap malam bulan ramadhan. hehe...ini pon stiap tahun kalo tak dengar, memang tak sah



6. Betapa ramai daripada orang yang berpuasa yang tidak mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali lapar, dan betapa ramai orang yang beribadat malam yang tidak mendapat apa-apa daripada ibadatnya kecuali berjaga malam. Aku tidak tambah apa apa hadith ini, begitulah bunyinya.

7. Sesiapa yang berbuka puasa dengan sengaja walaupun hanya sehari dalam bulan Ramadhan tanpa keuzuran atau sakit, dia tidak akan dapat mengqadha’nya walaupun berpuasa seumur hidup, manakala sesiapa yang tidak sempat menempah baju raya dengan sengaja ,walaupun hanya sehelai tanpa keuzuran atau sakit,dia pasti akan dapat menempah seribu helai lagi walaupun tak habis pakai seumur hidup.Moral: jangan ponteng puasa. ooo...btul-btul...part baju raya tu :)


8. Tardapat banyak lawak yang menggunakan prosa, jika nak batal puasa koreklah hidung, namun dewasa ini, banyak sudah pendapat ulamak yang mengatakan korek hidung tidak batal puasa, namun mengorek hidung di hadapan khalayak perlulah di elak kerana bimbang orang lain pula batal puasa(akibat muntah) heh, benda ni untuk budak-budak yang tak cukup umo, mmg diorang akan buat untuk bagi boleh bebuka, kalo org dewasa yang buat...tak tau laaa

9. Aku masih was was bila ada Buzanama cakap, boleh bersetubuh dengan isteri di bulan puasa dengan syarat korek hidung sebelum bersetubuh yang mana hukum asal denda bagi mereka yang bersetubuh di bulan ramadhan adalah kena berpuasa dua bulan berturut turut. Tapi bila korek hidung kena ganti satu hari sahaja, Ustaz tu salah! tapi kejadian ini berlaku waktu aku sekolah menengah dan masih jahil, jika ustaz ni baca blog aku hari ini, di harap ustaz itu insaf serta merta di tempat kejadian.(rujuk point no.8) uish...tidak seharusnya begitu




10. Hadith kelebihan solat sunnat tarawikh yang menceritakan kelebihan melampau lampau di yang di gantung gantung di masjid dan surau adalah hadith palsu walaupun ada yang tak tahu hadith itu palsu, tapi masjid tetap kosong di akhir ramadhan kerana mereka lebih gemar membeli gubahan hiasan bunga bunga dan pasu pasu. masa aku kecik dulu, memang aku pecaya sangat...cz kt tv pon ada tunjuk kelebihan solat terawih stiap malam, dan ganjarannya sangat laa besar...dan memang aku pegik bedasarkan apa yg tv tu tunjuk. dah besar sikit ni baru tau rupanya hadis-hadis tu tak kuat, palsu. pape pun pegik dengan seikhlas hati, pasti ada ganjaran yang menanti di sana ;)



erm....aku copy 10 point jer... smua sekali ada 30 :)
sila baca untuk yang keseterusnya dengan klik pada link seperti di atas.

sangat menarik dan tertarik membacanya




p/s : hujan....i like hujan malam-malam. rasa begitu aman dan nyaman (menda ni??) hehe =D


Wednesday, August 10, 2011

facebook will be hack?

Anonymous Vows to ‘Kill’ Facebook On Nov. 5
mark zuckberg (men eja je ni...)


PALO ALTO, Calif. –  The Anonymous Internet hacking group is planning to “kill” Facebook and has announced the date it will attempt do so, in a statement gaining prominence Tuesday.
In a YouTube video, the hacking group warns, “Your medium of communication you all so dearly adore will be destroyed.”
“If you are a willing hacktivist or a guy who just wants to protect the freedom of information then join the cause and kill Facebook for the sake of your own privacy.”
The group said in its message that “Operation Facebook” would be begin November 5. It claimed the social network, based in Palo Alto,Calif., provides information to “government agencies” so they can “spy on people.”
While not necessarily a single entity, Anonymous links hackers across the word with the goal of committing acts of civil disobedience online.
Most recently, the “AntiSec” hacking group — linked to Anonymous — claimed last weekend that it had “defaced and destroyed” the websites of scores of US police agencies in retaliation for the arrests of cyber attack suspects. (http://www.foxnews.com)

p/s : ermmm...interesting story... How will the founder, Mark Zuckberg facing this news?
atau...adakah khabar angin semata...we wait n see ;) Jgn hack blog udah laa ye...cz it still keep out our privacy here...ahaks~

Tuesday, August 9, 2011

belog oh blog!

Assalamualaikum wbt...
Selasa,
9/8/2011,
5.40 pm.



Huh, dah lama tak update blog ni. Dah berhabuk pon...he... Apa yang aku buat eh sepanjang masa tak update pape. sbenanya, ari2 aku duk bukak je blog ni...tgk update2 terkini blog yg aku follow. dan itu laa yg aku dok buat spanjang masa yg senggang di bulan ini dan bulan lepas. tiba-tiba ari ni rasa nak cerita sal blog-blog yang aku suka baca. :)

blogspot best! :)

wordpress best........ke..? :)



tapi sebalum tu...nak bagitau, yang ari ni merupakan ari ke-2 aku bawak handbag baru...ngeee....*tetiba

okey...let's chekedout >>>>>>>

1. ok, blog pertama yang paling latest...yang aku duk usha dengan kerapnya sejak dua menjak ni adalah blog si jejariruncing ---> jejariruncing
cmana aku bleh tejumpa blog ni eh...aku pon dah lupa... pape pon, untuk pengetahuan, blog ni adalah blog ex-tunang encik apex aka khairul fahmi che mat. rasa nya semua orang tau ni blog dia. he... 
kenapa aku suka baca?
elia and MIA (nama panggilan elia kt KFCM)


blog ni biasa2 je, kesah kehidupan @ diari seseorang. apa yang menjadikannya luar biasa adalah tunang dia time tu ialah apex, pemain bola terkenal Malaysia. aku baca pon sekadar nak tau kisah cinta diorang, persiapan mjlis bertunang diorang (bukan sbb ni sbenanya, cz byk g blog citer sal mjlis tunang ...hehe) dan kisah hidup en.apex as a super duper femes player in the world! (hyperbola!) 
tp diorang dah putus tunang, tak tau laa sama ada aku akan terus membaca blog dia ataupun tidak, cz cm dah takde pape je yang nak di ambil tahu...eeeiii...jahat!

2. blog kedua yang aku suka ialah blog mr.K ----> mr.K
man vs women

owh, blog dia sangat awsome!!! kenapa? sebab dia becakap dari sudut lelaki dan sangat suka mengutuk perempuan. haha! dia banyak berbicara (uisk, ayat..) sal perhubungan antara lelaki dan perempuan. dan slalunya pendapat dia sangat bias kepada lelaki. info-info lain pon ada gak yang dia bagi, semuanya best-best... budak uniKL kalo tak silap aku. skali aku bukak blog dia, memang berejam gak laa menghadap. pas satu, satu entry aku nak klik. dia nya ayat gile-gile dan sangat menarik utk di baca. paling best, aku suka entri dia sal fb...huh, sangat betol dan tepat here *terasa beb...rolling eyes~ haha

3. erm, lagi blog apa eh.. lain nya sal blog politik kut. aku duk jenguk2 (jenguk je, tak baca stiap entri pon...cz kerap giler update, rasa lemas je...hehe)
ameno dengan
sharpshooterblogger
pic sekadar hiasan...ngeee :)

dua dua blog pembangkang, juz as other alternative to read and get info after tv3, utusan publish their story. he.... tapi yang prokerajaan aku baca gak, juz tak follow laa...tp ada laa, tp jarang laa baca :)

4. itu je kot blog yang stakat ni aku duk baca...selebihnya adalah blog kawan-kawan baik aku. tp asl diorang pon lama tak update, ntah laaa... ada gak blog sal harry potter aku follow...best gak baca cz aku pon die hard fan dia kan, konfem laa sume sal harry aku suka :D
my Harry vs Voldemort!
p/s : dah lama memendam rasa nk update entry ni, tapi cm tak berpuas ati sket cz ia terhasil tak seperti yg diimpikan...huhu...tak pe laa, janji bleh publish! hehe :)

Monday, July 4, 2011

percaya padaku


aku tak tahu apa yang ku rasakan
dalam hatiku saat pertama kali
lihat dirimu, melihatmu

seluruh tubuhku terpaku dan membisu
detak jantungku berdebar tak menentu
sepertinya aku tak ingin berlalu

berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku
ku berikan cintaku juga sayangku
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku
saat ku tahu kau akan pergi jauh
izinkan aku tuk selalu menantimu
untuk katakan ku ingin dirimu (ingin dirimu)
agar kau tahu betapa ku terlalu
mencintaimu aku akan menunggu
hingga dirimu kembali untukku

tolonglah aku bagaimana diriku
ungkapkan itu rasa yang membelenggu
dalam hatiku ku cinta padamu

berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku

*sangat layan lagu ini...zassss....~
Aslnya dengar dalam keta, radio mana tah...dgr je dah cm best... Ingat grup kangen band nyanyi, 'yakin aku menjemputmu'...tp bukan. Masa 1st time dengar dah best, tp lupa gitu je nak cari :)


4 Julai 2011
8.37 pm

Friday, July 1, 2011

bersih 2.0

1 Julai 2011
Jumaat

Salam to m.e.

Dengar tajuk entri je dah cm dasat, kan...hehe... Tetiba bertukar arah seolah-olah nak berpolitik pulak. Emm, sejujurnya cakap, aku tak penah amek tau pon pasal bersih2 ni... Sekarang nama dia Bersih 2.0, cam version lak...kalo kat dunia teknologi, version 2.0 tu maksudnya sistem yang dipertingkatkan. Kira upgrade laaa... Tapi rasanya nama dia bersih 2.0 sebab tahun 2007 dulu dah pernah ada bersih ni, cuma time tu rasanya x ada laa pulak bersih 1.0...he... Masa 2007 tu, aku tengah belajar lagi... Time tu, juz dengar2 je sal bersih2 ni, x penah amek tw pon. Apa kebenda nya bersih ni pon aku tak tau. Tapi time tu aku ada jugak laa amek tau sket2 sal politik kt malaysia ni...dan menurut kefahaman aku time tu, bersih ni adalah anjuran pihak parti pemangkang untuk membuat demonstrasi dan huru-hara...

Masa bersih 2007 tu berlaku, negara dikejutkan dengan kekecohan dan huru-hara yang sangat dasyat di tempat2 seperti jalan TAR, SOGO sume... Banyak kedai2, premis2 perniagaan menanggung kerugian, kalo x silap juta2 gak laa... Tapi itu laa, seperti aku ckp tadi, time tu aku x amek tw sangat sal benda ni. Juz tgk berita, baca paper, ada demo..pastu cm huru-hara sket... 

Dan sekarang ni, bersih ini kembali lagi...dengan version 2.0. Aku stat tengok2, belek2...kt internet sume, apa kebenda nya bersih ni. Dan baru aku paham, menurut diorang, bersih ni merupakan suatu perhimpunan untuk menyatakan beberapa tuntutan agar suatu pilihanraya yang adil dan telus dapat dijalankan. Ni smua gara2 nak PRU-13 arrrr ni. Tuntutan-tuntutan itu adalah seperti berikut:

1. Bersihkan senarai undi
2. Mereformasikan undi pos
3. Gunakan dakwat kekal
4. Masa kempen minima 21 hari
5. Akses media yang bebas dan adil
6. Kukuhkan institusi awam
7. Hentikan rasuah
8. Hentikan politik kotor

Kalau dengar pada tuntutan2 ini, tak nampak pulak kt mana kepentingan parti pembangkang di situ. Yang ada hanyalah suatu tuntutan supaya sebuah pilihanraya yang adil dan telus dapat dilaksanakan. Lagipun, semua benda tu memberi keuntungan kepada semua pihak: pembangkang, kerajaan dan rakyat. Kalau kerajaan tak dapat nak terima, dan kata ini sebagai perhimpunan haram, maksudnya apa? huhu~

Walau apapun, diharapkan semuanya dapat berjalan dengan lancar nanti. Semoga tiada huru hara atau kekecohan seperti yg digembar gemburkan oleh media massa berlaku... Benda ni aman je, kalo smua pihak bagi kerjasama, polis2 terutamanya. Tapi, disebabkan pihak kerajaan tak mahu amek tahu pasal semua ni, maka rakyat memberontak, mahu suara mereka didengar. 

Panjang lak citer kali ni... Apa pun, ni bukan sal politik, cuma pandangan dari seorang warganegara yang mengambil tahu akan isu semasa yang sedang berlaku di negara dia :)

~Baju kuning tak boleh pakai eh sekarang??? ~


Monday, June 20, 2011

sweet

salam to m.e.


ayat ni aku amek dari mukabuku:

HAPPINESS

To be happy with a man, 
you must understand him a lot and love him a little. 
To be a happy with a woman, 
you must love her a lot and not try to understand her at all





Cam tertarik je dengan ayat dekat page mukabuku ni... 


tak ada kena mengena antara idup dan yg mati...


saje amek cz cm best je ;)


tapi tang ayat 'To be a happy with a woman, 
you must love her a lot and not try to understand her at all' tu aku cm x bape berkenan....yg not try to understand her at all.... haish, mana bley x paham langsung...parah laa kan...
he...


truly luv is high to achieve...i believe~ 

Saturday, June 18, 2011

**** ****

***********************
Seringku bertanyakan
Dimanakah hatimu sayang
Kian lama ku simpan
Bersarang cinta dalam diam

Sampai bila harusku pendam
Layan cinta dan perasaan
Dengan lafaz ku bisikkan


Kita telah ditakdir bersama
Teman hidup di dunia
Malam siang kita jadi satu
Kerana engkau adalah milikku

Pegang tanganku seeratnya
Dunia ini berputar ligat
Mengapa harus ada sesal
Andainya tersungkur tetap bersama

Sampai bila harus ku pendam
Layan cinta dan perasaan
Dengan lafaz ku bisikkan .. oh ..

Satu….. wooooo..
Kita telah ditakdir bersama
Kerana engkau adalah milikku
Kerana engkau adalah milikku

************************************