Tuesday, August 16, 2011

puasa :)

Assalamualaikum wbt~



Tadi baca blog keretamayat, tgk update dia yang terbaru. owh...sangat tertarik membacanya, kerana ia secara tak langsung mengingatkan aku jugak yang serba kekurangan ini. jadi rasa nya nak share jugak dalam blog ni supaya dapat menjadi ingatan dan rujukan di masa depan :)
ini link dia untuk bacaan penuh keretamayat
ni aku copy, yang tulisan kaler merah tu, aku nya cakap-cakap...hehe~


1. Amalan SUNAT di bulan Ramadhan pahalanya sama dengan amalan FARDU, dan amalan FARDU di ganda 70 kali ganda, tapi solat FARDU berjemaah tidak ramai orang buat manakala solat SUNNAT tarawikh ramai pula orang buat. ye...sangat bersetuju



2. Bulan Ramadhan terdiri daripada tiga bahagian iaitu 10 hari awalnya rahmat, 10 hari pertengahannya keampunan dan 10 hari akhirnya kelepasan dari api neraka, manakala kebanyakkan masjid surau pula terbahagia kepada tiga bahagian, 10 hari awalnya penuh, 10 hari pertengahannya ‘lega’ dan 10 hari akhirnya lengang(merujuk kepada saf masjid/surau) terjadi stiap tahun di mana-mana sahaja kt malaysia ni aku rasa



3. Berita dapat bonus setengah bulan lebih di rasai gembira dari berita mendapat bonus seribu bulan, kerana kesesakkan orang di pasar berbanding kelengangan orang di 10 akhir Ramadhan terserlah sudah.(rujuk point no.2) .....huhu....sangat *terasa. memang kena batang idung sendiri


4. Ikan-ikan di laut akan beristighfar untuk orang yang berpuasa sehingga mereka berbuka, tapi kita hanya mampu beristigfar melihat orang berbuka puasa membazir ikan ikan bakar di meja meja.-isk. yup, truly true...tak membazir tak sah


5. Sesungguhnya Allah membebaskan hamba hamba dari api neraka pada setiap malam pada bulan Ramadhan, manakala korang pula membebaskan letupan letupan dari bunga api dan mercun pada setiap malam bulan ramadhan. hehe...ini pon stiap tahun kalo tak dengar, memang tak sah



6. Betapa ramai daripada orang yang berpuasa yang tidak mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali lapar, dan betapa ramai orang yang beribadat malam yang tidak mendapat apa-apa daripada ibadatnya kecuali berjaga malam. Aku tidak tambah apa apa hadith ini, begitulah bunyinya.

7. Sesiapa yang berbuka puasa dengan sengaja walaupun hanya sehari dalam bulan Ramadhan tanpa keuzuran atau sakit, dia tidak akan dapat mengqadha’nya walaupun berpuasa seumur hidup, manakala sesiapa yang tidak sempat menempah baju raya dengan sengaja ,walaupun hanya sehelai tanpa keuzuran atau sakit,dia pasti akan dapat menempah seribu helai lagi walaupun tak habis pakai seumur hidup.Moral: jangan ponteng puasa. ooo...btul-btul...part baju raya tu :)


8. Tardapat banyak lawak yang menggunakan prosa, jika nak batal puasa koreklah hidung, namun dewasa ini, banyak sudah pendapat ulamak yang mengatakan korek hidung tidak batal puasa, namun mengorek hidung di hadapan khalayak perlulah di elak kerana bimbang orang lain pula batal puasa(akibat muntah) heh, benda ni untuk budak-budak yang tak cukup umo, mmg diorang akan buat untuk bagi boleh bebuka, kalo org dewasa yang buat...tak tau laaa

9. Aku masih was was bila ada Buzanama cakap, boleh bersetubuh dengan isteri di bulan puasa dengan syarat korek hidung sebelum bersetubuh yang mana hukum asal denda bagi mereka yang bersetubuh di bulan ramadhan adalah kena berpuasa dua bulan berturut turut. Tapi bila korek hidung kena ganti satu hari sahaja, Ustaz tu salah! tapi kejadian ini berlaku waktu aku sekolah menengah dan masih jahil, jika ustaz ni baca blog aku hari ini, di harap ustaz itu insaf serta merta di tempat kejadian.(rujuk point no.8) uish...tidak seharusnya begitu




10. Hadith kelebihan solat sunnat tarawikh yang menceritakan kelebihan melampau lampau di yang di gantung gantung di masjid dan surau adalah hadith palsu walaupun ada yang tak tahu hadith itu palsu, tapi masjid tetap kosong di akhir ramadhan kerana mereka lebih gemar membeli gubahan hiasan bunga bunga dan pasu pasu. masa aku kecik dulu, memang aku pecaya sangat...cz kt tv pon ada tunjuk kelebihan solat terawih stiap malam, dan ganjarannya sangat laa besar...dan memang aku pegik bedasarkan apa yg tv tu tunjuk. dah besar sikit ni baru tau rupanya hadis-hadis tu tak kuat, palsu. pape pun pegik dengan seikhlas hati, pasti ada ganjaran yang menanti di sana ;)



erm....aku copy 10 point jer... smua sekali ada 30 :)
sila baca untuk yang keseterusnya dengan klik pada link seperti di atas.

sangat menarik dan tertarik membacanya




p/s : hujan....i like hujan malam-malam. rasa begitu aman dan nyaman (menda ni??) hehe =D


No comments:

Post a Comment